Tanggal 3 Februari 2008
Tepat jam 1.55 petang
Tibalah saat kau berpisah dari jasadku
Agar kita dapat bertentangan mata
bersua muka dan berpelukan mesra
Berakhirlah segala penantian
Terjawablah semua teka teki
Wajah comelmu amat mencuit perasaan
Tak puas walau ditatap berkali-kali!
Terima kasih suami
di atas kesabaranmu
melayani setiap karenahku
Terima kasih suami
di atas sokongan dan dukunganmu
yang membuatku merasa kuat
Terima kasih suami
di atas kata-katamu
yang meneguhkan hati
untuk tetap meneruskan perjuangan
walau sakit separuh mati
Terima kasih suami
di atas segala pengorbananmu
demi yang terbaik buat kami
Terima kasih suami
di atas pertolonganmu
yang tersangat meringankan
Terima kasih suami
kerana masih sudi berbaring disisiku
yang terpalit dengan segala yang busuk dan memualkan
Terima kasih suami
kerana masih sudi menatap wajahku
yang bersanggul tinggi dan pucat
serta buncit dan lesu
Terima kasih suami
kerana kesanggupan menjeruk rasa
untuk kebahagiaan kami
Terima kasih suami
kerana bertahan dengan keadaan
keranamu
ketibaan yang amat kita nanti nantikan ini
menjadi amat manis dan membahagiakan...